Tuesday, October 21, 2008

Warehouse Sales!!

Metrojaya Anniversary and Member Pre-Sale

Metrojaya Member Preview
21 Oct 2008

Cardmembers are entitled to bring along 2 friends.

Non Member (Public)
22 Oct - 9 Nov 2008

Weekly Specials: Stand a chance to win an exclusive hamper worth RM320 with purchases of RM1,000 and above in a single receipt.

FREE Deepavali Money Packets with any purchase of RM80 and above in a single receipt.

Metrojaya Anniversary & Member Pre-Sale



Watsons Warehouse Stock Clearance 1710 - 091108

10am - 7pm

Discount up to 80%

Health & beauty products
Toys
Household
Personal care

Lot 1.32 1st Floor
South City Plaza
Persiaran Serdang Perdana
Taman Sedang Perdana, Seksyen 1
43300 Seri Kembangan (map)
+603 2142 6530

http://www.southcity.com.my



Saturday, October 18, 2008

Sepetang di sebuah rumah

Hari ini hari Sabtu.

Sungguh nyenyak saya tidur, sampai la xsedar dah pun pukul 11. Bagus sungguh anak dara ini..haha (blush *__*)

Malam semalam, saya tidur sungguh lewat. Pukul 4 rasanya.
Sebab? Layan tv..sehingga tidur di sofa. Sungguh bagus. Sungguh nikmat. Dan berseorangan di rumah 2 tingkat ini, walaupun mulanya perasaan rasa best, tp sebenarnya xbest. Duduk seorang mmg xbest. Housemate balik kampung pula.

Plan awalnya, mahu ke Sunway Pyramid hari ni pukul 1030 (mungkin juga bila dtg awal, mungkin senang mencari parking :p) Terbaca di sebuah blog, ada sale jenama2 kesukaan saya, Dorothy Perkins/Topshop. Ketika itu, Sunway Pyramid sudah terbayang2 di fikiran. OU sgt jauh, perlu melalui berbagai2 rintangan (tol). maka Sunway Pyramid jadi pilihan. terbayang juga Forever 21, MNG, kedai2 sukan (NIKE, Adidas). Waah, wishlist saya sungguh panjang. Semua benda pun mahu..huhu. Tp abaikan. Plan ke Sunway Pyramid itu tak menjadi. Tak mengapalah. Mungkin ada hikmahnya (nak sedapkan hati..huhu)

Hari ini juga, menjadi seorang yang rajin, saya menyapu sampah, mop lantai, membasuh bilik air. Menjadi suri rumah. Hehe. Cuma, belum betul menjadi suri (orang) rumah kepada sesiapa lagi :p. Selepas mandi, lapar pula. Almari makanan diselongkar, maka jumpalah oat segera, masak itu cukuplah.


Sementara dh kenyang tu, saya pun menjadi rajin lg. Untuk menambahkan haruman di rumah dan menambah ketenangan jiwa, saya pun memasang lilin aromaterapi haruman green tea. Sungguh tenang. Mata juga menjadi berat setelah perut kenyang. Sungguh tenang, sehingga mahu tertidur.



Semasa menyapu sampah, saya terjumpa ini.

Dumbell saya yang sgt jarang digunakan. Saya kena berusaha bersungguh2 lagi nih.



itulah cerita saya. Sepetang di sebuah rumah

p/s: Rasa macam karangan budak Darjah Satu kan? :p


Friday, October 17, 2008

Hari raya, kuih raya dan dadih (raya?)

Raya thn ni, mmg berbeza dari tahun2 sebelumnya.

Setiap tahun, kita pastinya mempunyai pengalaman yg berbeza2 menyambut raya.

Ok, kita mula dgn cerita sebelum raya, iaitu masa berpuasa :D

Aktiviti baru tahun ini adalah...

Menjual kuih raya dan kerepek (yeah, u heard me right) :p


Mempunyai jiran2 yang sangat aktif berniaga, iaitu mempunyai kemahiran
membuat kuih raya dan kerepek, sememangnya membuatkan saya juga menjadi mangsa (mangsa ke??) dan terjebak (ok, mungkin perkataan ini agak over) dalam kancah perniagaan mereka. Bukan sahaja menjadi pembeli setia, malahan kuih2 raya dan kerepek yg unik itu juga di bawa ke opis utk dipasarkan.. haha

Pengalaman baru, melihat gelagat2 org yg mahu/tidak mahu membeli :p


Saya sangat bernasib baik apabila kuih2 yg dijual oleh jiran2 saya itu adalah sedap2 belaka. Malangnya sample xbanyak, jadi ramai xdpt merasai kehebatan kuih2 itu. Sungguh kasihan. Kalau tidak, sudah tentu kuih2 itu menghiasi meja2 utk dibelasah oleh tetamu yg datang.

Ini adalah biskut choc meringue, biskut paling sedap yg penah dirasai. Sekali makan, pasti nak lagi


Ini pula, kerepek kacang peas. Sgt sedap dan lemak berkrim. Tempahan dibuka sepanjang tahun :D

Dua2 kuih dan kerepek ni mmg dh jadi kuih wajib di rumah. Ini sudah tentu menggembirakan jiran2 tersebut, kerana kuih2nya mendapat sambutan, malahan sudah sampai ke KL :p. Ya, raya thn ini sungguh bermakna. Jiran2 tersenyum gembira menerima tempahan2 kuih raya :p

Saya cuma mampu membuat kuih cornflakes sahaja, itu pun satu adunan sahaja, yang sudahpun kosong di dalam balang akibat kerakusan ahli2 keluarga lain :p
Tiada gambar kuih raya, rugi sungguh.

Secara umumnya, usaha dikerahkan lebih kepada membersihkan rumah.
Ya, rumah itu sungguh mencabar kesabaran. Setiap inci perlu dikemaskan. Sungguh penat. Tapi kerjasama adik beradik ternyata memberikan hasil (tapi selepas raya ini, tak tahulah bagaimana rupa rumah itu sekarang)

Di dapur, telah ditambah kabinet utk memudahkan penyimpanan barang.
Juga ditambah spice rack dan apa2 saja yg perlu. Harapan masih tinggi bahawa selepas raya, dapur itu masih cantik. Saya akan buat spot-check minggu depan ya ibu. :D


Spice rack itu

Menjelang raya, kg saya sudahpun riuh rendah dgn saudara mara.
Juadah wajib setiap tahun= lemang+rendang



Lemang2 tersebut, sedia menanti kami

Percaya atau tidak, saya masih belum melihat gambar2 kami semasa hari raya tempoh hari. Kamera digital telah dibawa lari oleh adik ke Johor. maka tiada gambar raya boleh diletakkan di sini. Sungguh sedih. Adik, pulangkan segera kamera itu!!

Bila pulang dari kampung, teringat saya kepada serbuk dadih segera perasa jagung yg dibeli dahulu. Maka tangan ini terasa rajin membuat dadih, inilah hasilnya.



Dadih2 itu, terasa seperti agar2. Terima kasih kepada cadangan yg lain utk meletakkan agar2 di dalam dadih itu, sehingga menjadi seperti agar2.

Isk, dadih percubaan kali ini=perlu diperbaiki lagi.


Ok, sambung lagi di waktu akan datang. Perlu menelefon adik tentang gambar2 raya tersebut. Daa



Monday, September 8, 2008

Bored, Trapped in Your Job?

Article that made me think about my current situation..hmm


When you landed that new job, the world looked great. Now it's been a while, and one of your worst fears has come true -- you're unhappy in your job. When you're spending at least five days a week at work, it makes sense that you'd want to like what you're doing. But there are times when you're in a position or company that doesn't work for you.

If you're unhappy with your job -- and everybody around you probably already knows it -- it might be time for a career transition. Results from an Experience.com survey provide some insight into making the change. According to the survey, the top signal that it's time to transition to a new job is not the boss yelling at you. In fact, the number-one warning sign is:

* Your job has become boring. Most people are not in it just for the money. On the contrary, they're looking for something that gives them the chance to make a difference. If, in fact, you're finding a lack of intellectual stimulation and challenge, you have lots of company -- nearly 30 percent of respondents cited this as their biggest indicator it's time to leave a job.

* Another warning signal to workers that it may be time to make a transition is the lack of growth opportunities. If you're in a dead end job, with no place to move (unless a lot of people grow old and retire), you're in trouble. Twenty-two percent of respondents felt trapped in a position with little room for career progression.

* Others felt they were receiving inadequate pay or benefits. It may not all be about money, but some of it certainly is. Do you feel underpaid? Do you have lousy (or no) benefits? Seventeen percent of employees feel the economic pinch, and when that happens, may have to decide whether their job is really worth it.

* Work friends are very important. If your relationships with co-workers have gone bad, that's a definite sign that it's time to move on. Seventeen percent of those surveyed agreed -- if you're not getting along, you're going to feel like you're suffocating.

* Lack of investment in the company's goals/mission. This is more than just a self-esteem thing, but was mentioned by 13% of the respondents as a key factor indicating a career change. You need to be part of the big picture, or you're not in the picture at all.

Once you encounter the warning signs that it might be time to make a career transition, how long do you wait before you leave?

Most people (52%) said they would wait at least a year to see if it improved. Others were not as patient and hopeful. Thirty-two percent of respondents said they would quit as soon as they found another job, while 16% reported they would stay no longer than six months.

"When you clearly communicate you are under-challenged, wait a few months to see if your superior responds, and if not, it's time to take your knowledge and expertise to a company that will let you grow," one respondent said.


From: Yahoo

Monday, June 23, 2008

P Ramlee.. The Life, The Loves and The Inspiration



Last 2 weeks, aku berjaya membawa diriku ke Istana Budaya, menonton P.Ramlee the musical.

Aku sukeeeee sangatttttt teater muzikal P.Ramlee niii.
Sungguh!! Selama 3 jam, aku mmg terpaku. Tarian, nyanyian, lakonan, mmg mantap!!


Semua tahu kehebatannya, yg mana setiap kali pementasan, pasti mendapat sambutan hangat, tepukan gemuruh dari penonton. Mmg, aku akui, kepintaran si pengarah dan semua yg terlibat, menjadikan teater ini sgt menarik

Org yg pertama aku terbayang bile nampak je P.Ramlee jelmaan mase atas pentas tu, sudah semestinya ayah aku yg mmg peminat no 1. Teringat dulu, ayah suke sgt tgk citer2 lakonan P Ramlee. AKu pun sama. Adik2 yg lain pun sama. Satu famili pun suka. Sampaikan aku pun rase ayah aku ada iras2 P.Ramlee..hehehe


Aku sebenarnya sebelum ni, mmg xtau sgt sejarah P.Ramlee ni. Serius.
Tapi bile tgk teater ni, baru lah aku tau, yg P.Ramlee ni dari Penang, ada kekasih nama Azizah. Dalam teater muzikal tu, mmg banyak menyentuh kisah2 peribadi P.Ramlee yg aku sendiri tak tau.
Betapa dia kecewa bila bercerai dgn isteri2nya, sampai la dia berjmpa dgn Saloma


Dan aku paling sedih, pada scene bile Malay Film Production kena tutup, dan P.Ramlee kena pindah ke KL, ke Merdeka Studio. Dia mengharapkan agar dia ttp dpt berkarya, agar karya2nya masih mendapat sambutan peminat. Tapi malangnya, langit tak selalu cerah. Mmg sedih bila dorang paparkan keratan akhbar tajuk "Boo buat P Ramlee di Stadium xx". Isk, aku xtau pun P.Ramlee mengalami zaman kejatuhan di KL. Hasil2 karyanya xberapa diterima ramai.

Ada satu dialog antara dia dan Saloma,

"Mungkin zaman ni bukan zaman I lg Sally"

Mmg dia sangat kecewa. Mase aku tgk teater tu, aku pun mcm terasa kekecewaannya... Cam nak nangis pun ada

Biasela, bile tgk teater ni, feel tu mmg lebih terasa. Lakonan live dpn mata :D

Dan aku berharap, teater2 mcm ni akan sentiasa dipentaskan. Apa salahnya kalo Teater P.Ramlee ni dipentaskan 2 atau 3 kali setahun? Mmg mendapat sambutan punya. Ramai lg org xdpt nk tgk. Aku pun mau tgk lg :D

Dan bila tgk2 lagu2 ciptaan P.Ramlee dan filem2 dia, mmg ada lagu yg dia cipta berdasarkan perkara2 yg berlaku dalam hidup dia. Lagu terakhir ciptaannya, Air Mata di Kuala Lumpur. Baca lirik lagu tu pun menggambarkan dia kecewa dan agak berputus asa dgn keadaannya di KL. Hmm

Mungkin itulah kehidupan anak seni. Ada pasang surutnya. Sedih jugak bile aku tau, lepas die meninggal, die cuma ada sebuah rumah je sebagai harta. Xde harta lain. Cipta lagu punya la banyak, tp bile skang ni bila anak die cuba nk dptkan royalti lagu, sgt2 susah. Aku rase xsolve lg pun sampai skang isu tu.
Sedih kan. Mungkin sbb dulu pun, maybe xde hitam dan putih perjanjian yg dibuat. So mmg susah nk claim ape2 (+ syarikat rakaman saje2 mengelak)

Rase mau layan cite2 P.Ramlee la plak, nk dgr lagu2nya ..dan sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham P.Ramlee yg masih diingati sehingga kini.
Mmg belum ada tandingan lg

Al- Fatihah



Thursday, May 22, 2008

You know you love me


You know you love me .. xoxo
-Gossip Girl


wow weeeeee

tu baru tag line die je.. dan telah berjaya membuat aku asik la nk sebut mende alah itu

aku sgt sukaaaa cite Gossip Girl ni..sgt laaa sukaaa

bile tgk satu episod je..terus nk tgk episod2 yg lain..tp malangnye..ade 13 episod je..so kena a donload the rest of it..huhu

Malas nk cite Gossip Girl ni cite pasal ape..tgk kt link ni

Kalau korang rajin..boleh download cite tu
Kalau malas, tgk scr streaming pun bole.
Tgk kt sini

Tp lawak skit cite ni, sbb young girls dlm cite ni, muke die cam umo 20-an, tp blakon as budak high school. Haha. Kehidupan sosial tu xyah cakap la kan, al maklum la, anak org2 kaya d kota NY. Watak Serena itu adalah sangattt lovable, hehe.Suka bersangka baik dan cantik gak la (mak die pun cantik :p )

So that's it. Aku tgh aktif mendonload cite tu skang ni.
Wish me luck hehe

Monday, May 5, 2008

Aromatherapy

Kebelakangan ni aku mmg susah nk tido. Mmg susah.

Bayangkan la.. dh get ready baring2 atas katil kul 12, tp xboleh tido.

Pusing kiri, xleh tido gak

Pusing kanan plak, pun xleh tido

Pandang siling, xberkesan gak.

Tutup mata , dan bayangkan skrin gelap kaler hitam (ni aku penah amalkan dulu2 zaman blaja, mase tu berkesan la), tp xde effect pun. Last2 aku tertido kul 2 or 2.30 am. Gilo. Rugi je mase tido aku. Akibatnye, aku bgn lewat esoknye..Cess

Sampai la satu hari tu, aku g Body Shop berdekatan, saje je tgk2 kt area home fragrance, sambil2 pilih nk beli yg mana satu, salesgirl ni tanya aku, "xmo try Lavender oil ke"

Aku pegang, tp tgk harga dulu (haha..kalo mahal kang..lari bajet), memula rase cam xmo, sbb lavender ni bau die common sgt (dulu perfume keta aku bau lavender gak, aku xde la suke sgt)

Salesgirl tu cakap, lavender oil ni bagus utk relax, hilangkan stress, tenangkan fikiran, dan memudahkan tido. Wow, aku cam teruja bile dgr, sbb penyakit susah nk tido ni mmg jd makin teruk (ade kaitan ngan keje yg stress n slalu keje sampai mlm) so aku pun beli n try.



Lavender oil ni..boleh dipakai wat cam aromatherapy, dan boleh jugak diletak kat bantal, sebelum tido. Dr Fadhilah Kamsah pun ade bgtau dulu (dlm TV), mmg elok bile kite slalu bau mende2 yg wangi, baik utk otak. So mase percubaan pertama tu, kire ok la..xde cpt sgt aku leh tido. Tp better la dr dulu.

Actually aku pun xbape igt bau lavender, perfume dlm keta ni bau die lain skit, xde la cam lavender oil ni (oil lagi kuat baunye), so 1st time bau lavender oil ni, aku cam teringat penah bau bau ni di suatu tpt, tp xigt kt mana. Pk2 balik, teringat dulu penah wat facial kt Dermalogica. Dorang mmg letak bau lavender ni..mmg relax la rase kt dlm tu..ade muzik yg menenangkan..kasi aku tido sepanjang hari kt situ pun xpe.



Memandangkan adalah satu perkara yang menarik bila rumah/bilik kita adalah wangi, maka aku pun nk try la home fragrance yg lain, so aku beli la Green tea. Bile wat aromatherapy, bau die best. Tenang je rasa. So makin rajin la aku membeli lilin2 (tanpa bau) di kedai Hinode shop. Sume barang adalah RM5 shj. So marilah kita ber'aromatherapy' kawan2..hehe. Igt motto ni.."Apabila rumah/blik anda wangi, mood akan rasa tenang" hehehe. Tp baik2 kang terbakar plak rumah. N make sure jgn tertido plak. Bahaya weh.

Oh btw, Bodyshop tgh sale! Up to 70%. Dari 16-Mei - 3-Jun. Tp nasihat aku, kalo nk beli barang2 yg tgh sale ni, tgk dulu kt bahagian bawah item tu, carik manufacture date. Esp barang2 mekap. Ari tu aku g tgk, dorang offer 70% utk brang2 mekap (selected items only), tp bile tgk manufacture date, 2006. Jangka hayat produk2 kosmetik adalah 2 thn. Cess. So kalo korang beli barang yg dibuat thn 2006, mmg la rugi. Dh nk expired. So jgn tertipu ye kawan2. Jadi la pengguna bijak.
Dan pasan gak, dorang banyak letakkan barang2 offer je (meaning barang2 yg dh lama jangka hayatnya), so pengguna akan lebih cenderung beli item2 yg dorang offer je. Xsemestinya kalo sale, kite kena beli walaupun murah. Kalo offer murah, kena tgk n pastikan dulu, kenapa dorang letak murah. Normally sbb nk habiskan stok. Same goes to ubat2 di farmasi2.

Okla, tu saje utk hari ni. Ade mase sambung lg :D

Selamat bekerja