Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan matahari
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan matahari
Al fatihah, di atas pemergian ibu kepada seorang sahabat
Tergamam, dan sukar dipercayai. Itulah yg aku rasa bila mendengar berita tu.
Sehingga aku menangis, aku rasa kesakitan tu, sakit bila kehilangan ibu yang tersayang
Sahabat, kuatkan semangat. Mungkin aku tak mampu untuk menenangkan hati dan menghilangkan kesedihan tu, tapi aku akan buat, bantu semampu yang mungkin. Sabar banyak2. Doakan arwah ibu sentiasa aman di sana. Amin
Peristiwa itu banyak membuatkan aku berfikir,
tentang ibu dan ayah
tentang kehidupan
tentang mati
tentang aku sebagai anak
tentang kehilangan orang yang disayangi
Membuatkan aku berusaha untuk lebih menghargai ibu dan ayah, menunjukkan rasa sayang kepada mereka. Walaupun mungkin aku hanya mampu membuatkan mereka tersenyum.
Aku mahu mereka bahagia, di usia sebegini
Kita tak kan mampu, untuk membalas jasa mereka. Tak kan mampu.
Tapi, aku selalu berdoa, agar aku diberi peluang, untuk membalas jasa mereka semampu yang boleh.
Melihat ibu yang saban waktu memasak bila anak2 pulang ke rumah. Ikhlas, tulus dari hati.
Tidak pernah merungut. Bahagia melihat anak2 pulang dan menikmati hidangan yang disediakan. Masakan ibu mmg tiada tandingan. Ibu tetap tersenyum, biarpun penat
Ayah,
Tidak ramai yang mampu bertahan seperti ayah. Saban minggu berulang dari JB-Seremban.
Demi anak2. Demi keluarga. Mungkin rezeki ayah masih di sana, terpaksa berjauhan dari keluarga. Walaupun aku amat berharap ayah dapat bertukar ke sini, berhampiran ibu.
Masih banyak yang aku belum lakukan untuk ibu dan ayah.
Masih banyak yang aku mahu kongsikan, bercerita bersama , gelak ketawa bersama
Masih banyak nasihat yg aku belum timba
Ya Allah, berilah aku waktu lagi, untuk membahagiakan ibu dan ayahku
Panjangkan lah umur mereka
Kurniakanlah kesihatan yang baik buat mereka
Angah sayang ibu dan ayah..