Hari ini hari Sabtu.
Sungguh nyenyak saya tidur, sampai la xsedar dah pun pukul 11. Bagus sungguh anak dara ini..haha (blush *__*)
Malam semalam, saya tidur sungguh lewat. Pukul 4 rasanya.
Sebab? Layan tv..sehingga tidur di sofa. Sungguh bagus. Sungguh nikmat. Dan berseorangan di rumah 2 tingkat ini, walaupun mulanya perasaan rasa best, tp sebenarnya xbest. Duduk seorang mmg xbest. Housemate balik kampung pula.
Plan awalnya, mahu ke Sunway Pyramid hari ni pukul 1030 (mungkin juga bila dtg awal, mungkin senang mencari parking :p) Terbaca di sebuah blog, ada sale jenama2 kesukaan saya, Dorothy Perkins/Topshop. Ketika itu, Sunway Pyramid sudah terbayang2 di fikiran. OU sgt jauh, perlu melalui berbagai2 rintangan (tol). maka Sunway Pyramid jadi pilihan. terbayang juga Forever 21, MNG, kedai2 sukan (NIKE, Adidas). Waah, wishlist saya sungguh panjang. Semua benda pun mahu..huhu. Tp abaikan. Plan ke Sunway Pyramid itu tak menjadi. Tak mengapalah. Mungkin ada hikmahnya (nak sedapkan hati..huhu)
Hari ini juga, menjadi seorang yang rajin, saya menyapu sampah, mop lantai, membasuh bilik air. Menjadi suri rumah. Hehe. Cuma, belum betul menjadi suri (orang) rumah kepada sesiapa lagi :p. Selepas mandi, lapar pula. Almari makanan diselongkar, maka jumpalah oat segera, masak itu cukuplah.
Sementara dh kenyang tu, saya pun menjadi rajin lg. Untuk menambahkan haruman di rumah dan menambah ketenangan jiwa, saya pun memasang lilin aromaterapi haruman green tea. Sungguh tenang. Mata juga menjadi berat setelah perut kenyang. Sungguh tenang, sehingga mahu tertidur.
Semasa menyapu sampah, saya terjumpa ini.
Dumbell saya yang sgt jarang digunakan. Saya kena berusaha bersungguh2 lagi nih.
itulah cerita saya. Sepetang di sebuah rumah
p/s: Rasa macam karangan budak Darjah Satu kan? :p