skip to main |
skip to sidebar
Last 2 weeks, aku berjaya membawa diriku ke Istana Budaya, menonton P.Ramlee the musical.
Aku sukeeeee sangatttttt teater muzikal P.Ramlee niii.
Sungguh!! Selama 3 jam, aku mmg terpaku. Tarian, nyanyian, lakonan, mmg mantap!!Semua tahu kehebatannya, yg mana setiap kali pementasan, pasti mendapat sambutan hangat, tepukan gemuruh dari penonton. Mmg, aku akui, kepintaran si pengarah dan semua yg terlibat, menjadikan teater ini sgt menarik
Org yg pertama aku terbayang bile nampak je P.Ramlee jelmaan mase atas pentas tu, sudah semestinya ayah aku yg mmg peminat no 1. Teringat dulu, ayah suke sgt tgk citer2 lakonan P Ramlee. AKu pun sama. Adik2 yg lain pun sama. Satu famili pun suka. Sampaikan aku pun rase ayah aku ada iras2 P.Ramlee..hehehe
Aku sebenarnya sebelum ni, mmg xtau sgt sejarah P.Ramlee ni. Serius.
Tapi bile tgk teater ni, baru lah aku tau, yg P.Ramlee ni dari Penang, ada kekasih nama Azizah. Dalam teater muzikal tu, mmg banyak menyentuh kisah2 peribadi P.Ramlee yg aku sendiri tak tau.
Betapa dia kecewa bila bercerai dgn isteri2nya, sampai la dia berjmpa dgn Saloma
Dan aku paling sedih, pada scene bile Malay Film Production kena tutup, dan P.Ramlee kena pindah ke KL, ke Merdeka Studio. Dia mengharapkan agar dia ttp dpt berkarya, agar karya2nya masih mendapat sambutan peminat. Tapi malangnya, langit tak selalu cerah. Mmg sedih bila dorang paparkan keratan akhbar tajuk "Boo buat P Ramlee di Stadium xx". Isk, aku xtau pun P.Ramlee mengalami zaman kejatuhan di KL. Hasil2 karyanya xberapa diterima ramai.
Ada satu dialog antara dia dan Saloma,
"Mungkin zaman ni bukan zaman I lg Sally"
Mmg dia sangat kecewa. Mase aku tgk teater tu, aku pun mcm terasa kekecewaannya... Cam nak nangis pun ada
Biasela, bile tgk teater ni, feel tu mmg lebih terasa. Lakonan live dpn mata :D
Dan aku berharap, teater2 mcm ni akan sentiasa dipentaskan. Apa salahnya kalo Teater P.Ramlee ni dipentaskan 2 atau 3 kali setahun? Mmg mendapat sambutan punya. Ramai lg org xdpt nk tgk. Aku pun mau tgk lg :D
Dan bila tgk2 lagu2 ciptaan P.Ramlee dan filem2 dia, mmg ada lagu yg dia cipta berdasarkan perkara2 yg berlaku dalam hidup dia. Lagu terakhir ciptaannya, Air Mata di Kuala Lumpur. Baca lirik lagu tu pun menggambarkan dia kecewa dan agak berputus asa dgn keadaannya di KL. Hmm
Mungkin itulah kehidupan anak seni. Ada pasang surutnya. Sedih jugak bile aku tau, lepas die meninggal, die cuma ada sebuah rumah je sebagai harta. Xde harta lain. Cipta lagu punya la banyak, tp bile skang ni bila anak die cuba nk dptkan royalti lagu, sgt2 susah. Aku rase xsolve lg pun sampai skang isu tu.
Sedih kan. Mungkin sbb dulu pun, maybe xde hitam dan putih perjanjian yg dibuat. So mmg susah nk claim ape2 (+ syarikat rakaman saje2 mengelak)
Rase mau layan cite2 P.Ramlee la plak, nk dgr lagu2nya ..dan sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham P.Ramlee yg masih diingati sehingga kini.
Mmg belum ada tandingan lg
Al- Fatihah