Friday, October 17, 2008

Hari raya, kuih raya dan dadih (raya?)

Raya thn ni, mmg berbeza dari tahun2 sebelumnya.

Setiap tahun, kita pastinya mempunyai pengalaman yg berbeza2 menyambut raya.

Ok, kita mula dgn cerita sebelum raya, iaitu masa berpuasa :D

Aktiviti baru tahun ini adalah...

Menjual kuih raya dan kerepek (yeah, u heard me right) :p


Mempunyai jiran2 yang sangat aktif berniaga, iaitu mempunyai kemahiran
membuat kuih raya dan kerepek, sememangnya membuatkan saya juga menjadi mangsa (mangsa ke??) dan terjebak (ok, mungkin perkataan ini agak over) dalam kancah perniagaan mereka. Bukan sahaja menjadi pembeli setia, malahan kuih2 raya dan kerepek yg unik itu juga di bawa ke opis utk dipasarkan.. haha

Pengalaman baru, melihat gelagat2 org yg mahu/tidak mahu membeli :p


Saya sangat bernasib baik apabila kuih2 yg dijual oleh jiran2 saya itu adalah sedap2 belaka. Malangnya sample xbanyak, jadi ramai xdpt merasai kehebatan kuih2 itu. Sungguh kasihan. Kalau tidak, sudah tentu kuih2 itu menghiasi meja2 utk dibelasah oleh tetamu yg datang.

Ini adalah biskut choc meringue, biskut paling sedap yg penah dirasai. Sekali makan, pasti nak lagi


Ini pula, kerepek kacang peas. Sgt sedap dan lemak berkrim. Tempahan dibuka sepanjang tahun :D

Dua2 kuih dan kerepek ni mmg dh jadi kuih wajib di rumah. Ini sudah tentu menggembirakan jiran2 tersebut, kerana kuih2nya mendapat sambutan, malahan sudah sampai ke KL :p. Ya, raya thn ini sungguh bermakna. Jiran2 tersenyum gembira menerima tempahan2 kuih raya :p

Saya cuma mampu membuat kuih cornflakes sahaja, itu pun satu adunan sahaja, yang sudahpun kosong di dalam balang akibat kerakusan ahli2 keluarga lain :p
Tiada gambar kuih raya, rugi sungguh.

Secara umumnya, usaha dikerahkan lebih kepada membersihkan rumah.
Ya, rumah itu sungguh mencabar kesabaran. Setiap inci perlu dikemaskan. Sungguh penat. Tapi kerjasama adik beradik ternyata memberikan hasil (tapi selepas raya ini, tak tahulah bagaimana rupa rumah itu sekarang)

Di dapur, telah ditambah kabinet utk memudahkan penyimpanan barang.
Juga ditambah spice rack dan apa2 saja yg perlu. Harapan masih tinggi bahawa selepas raya, dapur itu masih cantik. Saya akan buat spot-check minggu depan ya ibu. :D


Spice rack itu

Menjelang raya, kg saya sudahpun riuh rendah dgn saudara mara.
Juadah wajib setiap tahun= lemang+rendang



Lemang2 tersebut, sedia menanti kami

Percaya atau tidak, saya masih belum melihat gambar2 kami semasa hari raya tempoh hari. Kamera digital telah dibawa lari oleh adik ke Johor. maka tiada gambar raya boleh diletakkan di sini. Sungguh sedih. Adik, pulangkan segera kamera itu!!

Bila pulang dari kampung, teringat saya kepada serbuk dadih segera perasa jagung yg dibeli dahulu. Maka tangan ini terasa rajin membuat dadih, inilah hasilnya.



Dadih2 itu, terasa seperti agar2. Terima kasih kepada cadangan yg lain utk meletakkan agar2 di dalam dadih itu, sehingga menjadi seperti agar2.

Isk, dadih percubaan kali ini=perlu diperbaiki lagi.


Ok, sambung lagi di waktu akan datang. Perlu menelefon adik tentang gambar2 raya tersebut. Daa



No comments: