Tiada sapa yg meng'tag' aku, tp xkisahlah..nak buat jugak :p
16 random things
1) sangat suka membaca buku, skang ni more into buku2 motivation, self improvement. Juga chick lits yang sentiasa membuatkan aku berangan dan merasa masih ada lagi cinta yang indah dalam dunia :p
2) hobi sejak kecil, sangat sayang utk buang barang2. Selalu fikir yg baang2 tu maybe ada guna di masa depan. Dan sejak kecil juga, sgt dikenali d kalangan keluarga sebagai orang yg sgt pandai menjaga barang :p. I dunno, that's just me. Dan itu juga telah menyebabkan, bilik syaa sgt penuh dgn barang2..aduii..seksa nak mengemas
3) sangat menyukai pink, purple dan warna2 yg berada dlm kumpulan itu. Tahun lepas, merah pula mendapat tempat. Tahun ni xtau lg. Tapi sering berangan kalau kawin nnt, nak pelamin n baju pengantin kaler purple. Saje nk lawan ngan Along :p
4) Meminati channel Hallmark (one of my fav channel la). Kebanyakan ceritanya tentang keluarga, cita2. Sgt inspiring
5) Juga meminati Oprah, especially kalau time ada Dr.Oz. Sgt teruja
6) Lately ni, suka pada rancangan Friends. Mereka ttp mendapat perhatian!
7) Juga sgt suka menambah pengetahuan tentang health & fitness. Selalu berazam pada diri sendiri, utk exercise at leas 3 kali seminggu. Kdg2 tercapai, selalunya tidak.Sgt sukar. Bila bekerja, pukul 6 belum tentu kerja dh siap.. Huwaaaa
8) Disebabkan azam yg membara utk exercise, selalu menjadikan Taman Tasik Cyberjaya sebagai tpt jogging yg ideal (paling dkt ngan office). Dan setiap pagi memasang angan2 utk
bangun awal agar dpt ke office di awal pagi, serta mempunyai masa yg cukup utk jogging di petang hari. Selalunya tidak tercapai. Tapi aku xputus harapan. Masih terus berazam. I'm no quitter. Positif2
9) Memberikan reaksi yg berbeza pada org yg berbeza. Ade certain org tu, borak kejap je dh leh masuk. Ade jugak yg cover2 sopan santun. Ada j uga yg menjadikan diri aku super pendiam (kalau org tu sgt kecoh, maka aku pun selalunya diam la, depends). Ada juga yg mengenali aku sebagai kecoh. Ni hanya berlaku di kelompok kawan2 rapat saja :p bebas menjadi diri sendiri
10) Mata aku sgt sensitif. Senang je air mata keluar, walaupun utk berita gembira. Apakah...?
11) Sejak bekerja ni, aku sangat suka beli brg2 Body Shop. I dunno, sampai kawan2 panggil aku 'Duta Body Shop' kerana suka beli and promote :p. Skang ni, dh xtau ape nk beli dh kat sana. Mcm2 suda ada. Tapi masih belum mampu memiliki mana2 produk dr L'occitane dan sewaktu dgnnya
12) Meminati seni. Bukan terlalu fanatik, tapi sgt suka menonton tarian, teater. Bercita2 mahu menonton orkestra di Dewan Philharmonic dlm masa terdekat ni. Teater terakhir yg aku tonton adalah P.Ramlee the musical. Sgt menyentuh hati. Seminggu jugak aku sentiasa teringat teater tu. Mengenangkan susah payah P.Ramlee dlm industri ini. Paling terkesan bila saat dia bersama Saloma. Dan juga pabila dia parah bila ditinggalkan isteri2nya..sehinggalah dia bertemu Saloma
13) Tiba2 obses dgn kecantikan. Tiba2 register pakej utk facial. 1st trial, sgt sakit. Nampak sgt muka ni dh lama xwat facial :p malu i. Tapi layanan tiptop. Terpaksa relakan jela :p
14) kasut2 yg dibeli sumanya hampir sama je pattern. I mean, sandals. Entah, selesa mungkin
15) Teringin nak cuba main squash. Jom!!
16) Sukar buat pilihan. Kdg2 terfikir, nape la susah sgt nak wat pilihan, and kenapalah keputusan yg dibuat tu, memberi impak yg besar. Dan disebabkan itu, selalu buat keputusan yg silap. Arghhh!! Tensi
Tu jela. Random things yg mampu aku pk di malam hari yang hening tp panas ni :p
Understanding the Basic Principles and the Advantages of Affiliate Marketing
-
Affiliate Marketing is a online phrase used to describe the promotion of
internet businesses by the channel of affiliate programs and the marketing
of th...
4 years ago
4 comments:
aku pun teringin nak belajar squash or tennis:(
:)
hey hey hey anne! thanx for being our 1st ever commentor in our blog. sungguh terharu tahap bercucuran airmata huhu. anyways salam perkenalan and hope it's not too late to wish u happy new year :D
dear if interested in any replica inspired designer handbags please feel free to visit http://qiqinz.webs.com
Post a Comment